Bahang PRU 12 semakin panas, pelbagai gaya dan cara kempen dijalankan di sana sini.Di satu pihak, AURA pemimpinnya tidak dapat disangkal lagi kerana bisa menarik puluhan ribu hadirin menghadiri ceramah beliau mengalahkan konsert berbayar Mawi dan Dato' Siti rasanya walaupun diadakan di padang sahaja. Walhal di satu pihak lagi daya penariknya mungkin berbeda, dengan hidangan dan santapan perut dan 'mata'.
Biar apapun pendekatannya, hati ini KIAN memberontak, muak dan jelek melihat etika manusiawi, atau profesionalisme diperlekehkan baik wartawan, pemimpin mahupun rakyat sendiri, untuk kemenangan kah? untuk kuasa kah?
Menurut pandangan sendiri, pihak A mendominasi segala medium penyampaian kepada rakyat, hinggakan memanipulasi segala cerita dan berita demi kepentingan sendiri. Satu pihak lagi, dengan keterbatasan di sana sini, berusaha membela diri dan menyampaikan kebenenaran mereka. Sekiranya sesuatu yang disampaikan itu benar, Alhamdulillah. Namun andai sebaliknya, Astagfirullah wal'iyazubillah!
Kasihan benar kepada rakyat yang jauh nun di pedalaman dan kampung2. Mereka tidak punya cukup akses kepada sumber2 media alternatif dan pelbagai yang dapat membantu mereka menjadi 'modal insan'sebenar yang mampu berfikir di luar kotak, sekurang2nya dalam memilih pemimpin yang bakal memandu mereka.
BerjuangLAH di gelanggang sebenar, ADIL dan SAKSAMA!

1 comment:
Tahniah,
penulisan yang menusuk kalbu;)
Post a Comment